Pertuduhan Terhadap Najib ‘Bodoh’, Sengaja Direka-Reka – Peguam

KUALA LUMPUR – Peguam bela bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menjangkakan pasukan mereka secara mudah akan membalas hujah pendakwaan terhadap anak guamnya.

Sebaliknya tambah beliau pihak pendakwaan pula yang akan berhadapan dengan mimpi ngeri dalam kes ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, saya fikir pihak peguam bela dalam kes ini akan bersenang-senang, (manakala) pendakwaan pula akan berdepan mimpi ngeri (nightmare),” katanya kepada media di lobi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Najib hari ini dikenakan enam tuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azman Ahmad.

Turut dikenakan tuduhan sama ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Pihak pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Tambah Shafee peguam bela Najib bersemangat untuk menghadiri perbicaraan yang ditetapkan pada 29 Nov ini kerana berpendapat tuduhan yang dibuat itu direka-reka oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

Jelasnya lagi semua enam tuduhan terhadap Najib hari ini pada dasarnya berkaitan isu kewangan yang disalurkan semula sebagai peruntukan spesifik yang lebih penting.

“Saya rasa tuduhan ini sengaja dibuat-buat dan saya fikir ia sangat bodoh.

“Semua tuduhan ini mempersoalkan keputusan eksekutif menteri kewangan dan ketua setiausaha kementerian kewangan,” katanya. – SuaraTv

4 thoughts on “Pertuduhan Terhadap Najib ‘Bodoh’, Sengaja Direka-Reka – Peguam

  • October 25, 2018 at 8:04 pm
    Permalink

    Duit jutaan ringgit dlm rumah tu apa? Biskut ker?? Buta mata kau??? Angkuh takbur bongkak
    .. bela lah najib tu…!!! Tunggu jer hukuman seberat3nya kau kan dapat!!! Langit tu tinggi!!! Kuasa allah swt tk leh lawan punya!!!!!!

    Reply
  • October 25, 2018 at 8:06 pm
    Permalink

    Mudah2an terbukti salahlaku mereka2 yg didakwa??? Rosak teruk…hancur musnah… rasuah!!!

    Reply
  • October 25, 2018 at 8:10 pm
    Permalink

    Salah tetap dihukum!!! Perosak bangsa negara !!! Tak malu ??
    Angkuh lah..takbur lah.. bongkak lah…akhirnya tetap bersalah dihukum juga….!!! Tuduhan berasas..fakta bukti!!!
    Bodoh betul lah korang!!!

    Reply
  • October 25, 2018 at 8:12 pm
    Permalink

    Semoga terbukti kejahatan mereka2 ini… cepat2 jatuh hukuman !!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.