Penduduk Diganggu Suara Aneh Selepas Gempa Bumi dan Tsunami Di Palu

PENDUDUK terjejas bencana gempa dan tsunami di khemah sementara Mamboro, Palu Utara, Sulawesi Tengah mendakwa diganggu suara aneh dari hutan pada waktu malam.

Kebanyakan penduduk percaya ia adalah suara hantu pokpok yang paing ditakuti penduduk Palu dan didakwa masih ada di pinggir perkampungan di kawasan terbabit.

“Suara bersahutan itu dapat didengari sehingga di khemah saya,” kata Aan Irawan yang meminta mana-mana pihak untuk mengusir hantu itu.

Dia turut berkongsi cerita itu menerusi Facebook dan menerima banyak reaksi pengguna media sosial.

“Tidur kanak-kanak kini terganggu. Mereka sering menangis,” ujarnya.

Kebanyakan pengguna media sosial menyarankan penduduk supaya membaca ayat suci al-Quran dan beberapa petua lain seperti menaburkan garam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pencegahan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Palu, Gayus Pakan berkata, pihaknya belum menerima aduan tentang gangguan suara hantu itu.

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada suara itu adalah perbuatan ahli sindiket pemerdagangan manusia atau hanya untuk mengganggu keamanan penduduk.- surya-co.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.