Palu: Penduduk Dengar Suara Aneh

INDONESIA – Umum mengetahu baru-baru ini berlaku bencana alam di Palu Indonesia. 

Ramai nyawa yang terkorban akibatnya, dan terbaru  penduduk mendakwa mendengar suara aneh yang dipercayai datang dari hutan pada waktu malam. 

Kebanyakan penduduk percaya ia adalah suara hantu pokpok yang paling ditakuti penduduk Palu dan didakwa masih ada di pinggir perkampungan di kawasan terbabit.

“Suara bersahutan itu dapat didengari sehingga di khemah saya.

“Tidur kanak-kanak kini terganggu. Mereka sering menangis,” kata Aan Irawan.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pencegahan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Palu, Gayus Pakan berkata, pihaknya belum menerima aduan tentang gangguan suara seperti yang didakwa.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.