Najib: Pendakwaan Tak Adil, Kertas Pertuduhan Diberi 5 Minit Sebelum Mahkamah Bersidang

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelar pihak pendakwaan yang didakwa bersikap tidak adil ketika perbicaraan berlangsung pagi tadi. 

“Kertas pertuduhan juga hanya diberikan kepada peguam kami, 5 minit sebelum mahkamah bermula dan ini tidak memberi ruang kepada kita untuk menyediakan jawapan. 

“Tindakan pihak pendakwaan ini jelas adalah sangat tidak adil,” katanya dalam laman sosial Facebook.

Media pagi tadi melaporkan prosiding mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan pihak pembelaan meneliti tuduhan, gara-gara kertas pertuduhan dikemukakan oleh pihak pendakwaan  beberapa minit sebelum perbicaraan bermula.

Dalam pada itu tambah Najib, pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, iaitu berkaitan perjanjian penyelesaian IPIC dan ECRL, adalah sangat tidak jelas. 

“Saya didakwa dengan 4 pertuduhan bagi kerajaan yang diterajui saya untuk memenuhi perjanjian penyelesaian dengan IPIC bagi memastikan kita tidak berdepan tunggakan dengan membayar US$1.2 bilion kepada IPIC tahun lalu, di mana ia adalah bagi US$1 bilion termasuk faedah yang dibayar IPIC kepada kita pada Jun 2015. Perjanjian penyelesaian itu turut memasukkan persetujuan IPIC akan memulangkan US$3.5 bilion kepada kerajaan sebelum 31 Disember 2020.

“Saya juga didakwa dengan dua pertuduhan bagi kerajaan membayar kepada syarikat milik kerajaan China yang memulakan projek ECRL dan paip gas sebagaimana termaktub dalam perjanjian bertulis.

“Sebagaimana disebutkan peguam saya, pertuduhan terhadap saya ini adalah sangat tidak jelas dan tiada saranan sama ada saya mahupun Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengambil sesen pun atau mendapat manfaat secara peribadi bagi keputusan memberi keutamaan pembayaran dan bagi mengelak tunggakan yang akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar lebih selain kerajaan hilang kredibiliti,” katanya.

Najib pagi tadi dikenakan enam tuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azman Ahmad.

Turut dikenakan tuduhan sama ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib dan Mohd Irwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan terbabit. Mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM1 juta setiap seorang dengan dua penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 29 November ini. -SuaraTv 

2 thoughts on “Najib: Pendakwaan Tak Adil, Kertas Pertuduhan Diberi 5 Minit Sebelum Mahkamah Bersidang

  • October 25, 2018 at 8:00 pm
    Permalink

    10 jam pun tak jadi apa??? Hukuman da tunggu??? Apa yg nk baca apa lagi???? Tk nk ngaku !!!! Berapa lama????? Nk tepis??? Semua da tahu spesia korup rasuah tunggu hukuman seberat3nya…!!!

    Reply
    • October 26, 2018 at 1:08 am
      Permalink

      Korap kepala bapak ko. Ini kes Ipic dan ecrl soal eksektif dlm urusan pentadbiran. Ko bangang baik diam

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.