Najib, Irwan Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah  masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Najib, 65,  dan Irwan Serigar, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai penjawat awam iaitu masing-masing atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang antara RM220 juta dan RM1.3 bilion milik Kerajaan Malaysia didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Jumlah keseluruhan wang tersebut adalah RM6,636,065,000.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa  mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama  dan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh  juga dikenakan denda. – UTUSAN ONLINE

3 thoughts on “Najib, Irwan Mengaku Tidak Bersalah

  • October 25, 2018 at 7:46 pm
    Permalink

    Berapa lama nak elak..tepis 30tahun ke..50tahun?? Akhlak dia org ni da rosak teruk?? Mana dpt duit juta2 byr jaminan ?? Patut tidak bolih jamin!!! Spesis dia org ni semua sbb rasuah?? Apa keje selama ni?? Duit bawa mati ke?? Tamak haloba khianat pd dymm agonf..negara ..agama..bangsa dan rakyat semua!!! Nasib mereka kalah teruk?? Kalau tak harus negara tergadai ..muflis?? Rakus zalim kejam khianat takbur angkuh bongkak bodoh sombong jijik najis!!!! Dakwa hukum seberat2nya tanpa perlu kasihan.. perosak negara????
    Penjahat muka manusia!!!

    Reply
  • October 25, 2018 at 7:51 pm
    Permalink

    Rosak dah teruk!! Semua spesis sama jer..rasuah????? Parti korup rasuah rompak..!! Dakwa cpt2 hukum seberat2nya…nk tepis ..tepislah ya..nak elak..tak ngaku..buatlah…berapa lama agak2nya nk tepis???, betapa angkuh takbur nk lawan undang2???? Otak akal da mereng tak center?? Kami berdoa agar terbukti benar kejahatan penyamun2 semua yg didakwa???? Salah hukum !!

    Reply
  • October 25, 2018 at 7:55 pm
    Permalink

    Betapa rakus kejam zalim dia org yg jahat rasuah?? Patut tidak bolih jamin??? Mana datang duit byr jamin?? Jutaan ringgit? Senang dpt duit??? Heran pelik anih…..!!!! Senang dapat duit???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.