Lebih Ramai Akan Didakwa – Dr Mahathir

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih ramai individu akan menghadapi pertuduhan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Bercakap mengenai tuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, beliau berkata akan ada ramai lagi menyusul.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah tuduhan terhadap beberapa individu tetapi ada ramai lagi. Bagaimanapun, kita tidak boleh menghadapkan kesemua mereka di mahkamah secara sekali gus.

“Kita perlu lakukannya satu persatu dan yang paling serius adalah bekas Perdana Menteri (Najib),” katanya.

Tambah Dr Mahathir, Malaysia merana hampir sembilan tahun di bawah pentadbiran BN kerana kerajaan terdahulu nampaknya tidak mempedulikan rakyat.

“Ia (kerajaan terdahulu) melakukan banyak kesalahan dan apabila anda melanggar undang-undang, maka anda perlu menghadapi akibatnya,” katanya.

Tambah beliau, ia adalah antara tindakan yang dilakukan kerajaan sekarang bagi menyelesaikan isu yang berpunca daripada kerajaan BN terdahulu. Perdana Menteri berkata demikian ketika perjumpaan dengan Dewan Perdagangan Malaysia-Thailand (MTCC) di sini, hari ini.

Mohd Irwan dan Najib secara bersama dituduh melakukan pecah amanah membabitkan RM1.2 bilion, RM655 juta, RM220 juta, RM1.3 bilion, RMB1.95 bilion (RM1.261 bilion) and RM2 bilion. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. – BERITA HARIAN

3 thoughts on “Lebih Ramai Akan Didakwa – Dr Mahathir

  • October 26, 2018 at 7:33 am
    Permalink

    Ya betul Tun … terlampau byk kejahatan mereka2 masa kerajaan dulu!!! Senang saja byr ikat jamin ratusan ribu..jutaan pun ada!!! Mana dtg duit??? Heran aneh pelik?, diaorang cap duit ker?,, rasa marah sakithati geram fasal rasuah..salahlaku??? Dakwa hukum seberat2nya… perasuah2 ini???

    Reply
    • October 26, 2018 at 7:53 am
      Permalink

      semua tuduhan belum terbukti…
      beruntunglh dsn d akhirat kelak dgn pahala pemitnah yg mengalir pdnya hingga habis selagi pemitnah blm mohon mf.hbis pahalanya dosa dsn pla dia angkut.

      Reply
    • October 26, 2018 at 10:29 am
      Permalink

      betul sgt..tanya tun pulak anak2 kaya mana dtg hasil tu ek..kuat bwkerja?atau daddykasi..pakai hotak lah sket..cuba study sket latarbelakang bekas pm dgn present pm… ni main sondol je..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.