Exco Pemuda Nafi Mahu Zahid Berundur

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris nafi dakwaan bahawa sayap parti itu akan mendesak Presiden mereka meninggalkan parti itu ekoran pertuduhan yang dihadapi di Mahkamah. 

Katanya, berita yang tular hari ini merupakan fitnah yang tidak berasas. 

Tambahnya, UMNO bukan seperti PKR yang bertindak tak tentu arah. 

“Berita tersebar kata Pemuda UMNO akan desak Presiden dan mantan Presiden meninggalkan UMNO itu adalah fitnah dan tidak berasas.

“Kami Pemuda UMNO bukan macam  PKR yang buas tak tentu arah.

“Kita ni sayang institusi UMNO dan setiap tindakan kita pun mestilah berlandaskan perjuangan dan prinsip pada parti keramat UMNO ini,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu beliau menggesa agar berita tentang spekulasi yang disifatkannya mahu memecah-belahkan UMNO itu ditamatkan.

“Hentikan berita propaganda yang nak pecah belahkan UMNO,” tambahnya. 

Tulisan Muhammad Azri itu merupakan respon daripada laporan yang memetik sumber SuaraTv sebagai berkata bahawa  mesyuarat Pemuda UMNO itu petang ini  untuk  membawa usul tergempar bagi mendesak Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakan jawatan.

Menurut sumber tersebut, desakan itu antaranya lainnya bertujuan untuk memastikan imej parti tidak tercalar ekoran kes rasuah yang dikaitkan dengan Zahid.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.