Ayah Wak Doyok Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bapa kepada selebriti popular, Wak Doyok iaitu Mohd Nor Abdul Hamid meninggal dunia, pagi tadi.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagram dan Facebook miliknya.

“Salam semua, Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya,” tulisnya.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit usus bengkak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

Daripada perkongsian berita tersebut, warganet turut mengucapkan takziah dan berharap Wak Doyok tabah dan reda dengan pemergian arwah bapanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.