ADUN Pilah Alami Sakit Misteri

KUALA LUMPUR – Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pilah dikatakan mengalami sakit misteri sehingga lama tidak kelihatan di khalayal ramai. 

Mohamad Nazaruddin Sabtu dilaporkan sebuah akhbar mula mengalami sakit selepas pilihan raya yang lalu.  

Memetik kenyataan pegawai khasnya, Aminuddin Mohamed Yunus sebagai berkata kesihatan wakil rakyat PKR kali pertama memenangi pilihan raya itu semakin buruk sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu. 

“Kami merujuk Mohamad Nazaruddin ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu beliau mengalami tekanan,” katanya.

Pada PRU lalu Mohamad Nazaruddin dicalonkan Pakatan Harapan di kerusi DUN Pilah dan berdepat pertembungan tiga penjuru.

Untuk rekod Mohamad Nazaruddin mengetuai portfolio Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata mereka juga membawa Mohamad Nazaruddin mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali dan dimaklumkan ADUN terbabit menjadi mangsa sihir.

Disebabkan keadaan itu juga kata Aminuddin wakil rakyat itu tidak dapat bertanding pada pemilihan PKR Sabtu lalu.

Mohamad Nazaruddin ialah timbalan ketua PKR Cabang Kuala Pilah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.