Suami Gam Kemaluan Isteri Selepas Ditangkap Curang Dengan Bapa Saudaranya

Seorang suami di Afrika Selatan sanggup melekatkan alat kelamin isterinya dengan gam super setelah mendapati isterinya berlaku curang.

Kejadian ini berlaku di kawasan Mpumalanga yang terletak di Afrika Selatan.

Rumah tangga mereka dikatakan memang tidak bahagia. Isterinya mengatakan bahawa suaminya kerap bersikap kasar dan memukulnya.

Kejadian ini  terjadi semasa suaminya mengetahui bahawa isterinya berlaku curang dengan bapa saudaranya sendiri.

Berdasarkan kisah isterinya kepada African Eye News Service, suaminya mengambil kuali, parang dan mengancam isterinya untuk menanggalkan baju sambil berbaring.

“Dia meminta saya untuk berbaring sambil tidur dan membuka kedua-dua kaki, kemudian dia mengambil gam super dan meletakkannya di alat kelamin saya.

“Saya ketakutan sambil menangis, saya tidak tahu apa yang boleh dibuat,” cerita isteri.

Isterinya hanya patuh perintah suaminya kerana, jika tidak, kepalanya akan disembelih.

Tidak disangka-sangka suaminya melakukan perkara yang menakutkan, iaitu meletakkan gam super pada alat kelamin isterinya.

Sebelum ini, isterinya itu  mengatakan bahawa suaminya berulang kali ingin memotong tangannya dengan senjata tajam, tetapi dia selalu berjaya melarikan diri.

Namun kali ini isterinya itu tidak dapat melarikan diri.

Setelah kejadian tersebut, si isteri mengaku sakit setiap kali buang air kecil, tak boleh melakukan hubungan intim lagi, serta mengalami trauma yang berpanjangan,

Suaminya pula menghilangkan.

Polly Neate, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bantuan Wanita, berkata:

“Ini kejadian yang serius, jika kita melihat keganasan rumah tangga, tanpa disedari, ia akan menjadi sesuatu yang selalu diingati sepanjang hidup oleh orang yang yang menjadi mangsa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.