Scarlett Johansson Bakal Kahwini Pelawak

Hubungan pasangan Scarlett Johansson dan pelawak juga pengacara Colin Jost bukan lagi rahsia. Malah, pasangan ini dikhabarkan sudah merancang untuk berkahwin.

Memetik laporan National Enquirer, Scarlett Johansson dikatakan telah meluahkan hasrat kepada kekasihnya itu bahwa dia mahu berkahwin pada tahun depan.

“Scarlett adalah orang yang romantis, sehingga dia ingin merasmikan hubungan dengan perkahwinan yang indah,” dedah sumber.

Aktres dan model jelita berusia 32 tahun ini sudah benar-benar terpikat dengan keperibadian hos program Saturday Night Live itu. Bahkan dia mengimpikan sebuah majlis yang bersuasana intim dan sederhana

“Scarlett ingin melangsungkan perkahwinannya dalam suasana yang intim dan ‘classy’. Dia mahu segera merasmikan hubungan ini. Scarlett sangat mencintai Colin kerana lelaki itu tahu bagaiamana untuk membuatnya tawa. Scarlett sudah meramalkan masa depan bersama Colin,” dedah sumber itu lagi, petik MD.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi baik dari dari Scarlett Johansson dan Colin Jost.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.