Penembak Curi Diberi Jolokan Puteri Salju Maut Dalam Pertempuran

Seorang penembak curi Rusia yang diberikan julukan sebagai Puteri Salju dilaporkan telah terbunuh selepas bertempur dengan pemberontak di timur Ukraine.

Anastasia Slobodyanyuk, 26, sering dipuji kerana memiliki keberanian yang hebat meskipun dia seorang wanita.

Dia mendaftarkan diri untuk menyertai pasukan pejuang yang pro kepada Rusia selepas menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terbunuh dalam satu pertempuran di Slavyanks pada 2014.

Anastasia pernah terluka ketika menyelamatkan seorang rakan sepasukannya yang tertembak dan dua jam selepas itu, Anastasia telah kembali ke medan perang.

Mengapa Anastasia diberikan jolokan Puteri Salju? Tidak ada yang tahu bahkan dia sendiri enggan menjelaskannya.

Kekasih Anastasia, komandan pasukan pemberontak Mikhail “Givi” Tolstykh telah terbunuh pada Februari lalu akibat terkena tembakan roket Shmel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.