Lelaki Koma Selepas Guna Bilik Sauna, Keadaan Tubuhnya Mengerikan

Banyak gim dan spa menawarkan bilik sauna sebagai cara untuk berehat dan menyegarkan badan. Namun ketika apabila menggunakan kemudahan ini, anda perlu berhati-hati dan mematuhi langkah berjaga-jaga. Lebih baik berjaga-jaga  daripada menyesal!

Seorang lelaki bernama Zhang di Shenzhen, China dimasukkan ke hospital selama lebih 10 bulan kerana tidak bergerak dan tidak responsif selepas sauna.

Ternyata, peristiwa tersebut terjadi pada 5 Disember 2016 ketika dia pergi ke pusat sauna untuk menjalani rawatan santai.

Malangnya, dia telah melampaui batas waktu yang disarankan kerana ketika seorang rakannya mencari Zhang di pusat sauna, dia terbaring di atas lantai dengan dalam keadaan tubuh yang kejang.

Mereka segera menelefon ambulans dan membawanya ke hospital.

Pengarah ICU berkata, ketika Zhang dihantar ke hospital, suhu tubuhnya melebihi 40 darjah Celsius. Dia mengalami koma yang dalam dan mengalami aritmia.

“Kulitnya mengalami luka terbakar yang banyak dan dia telah kehilangan fungsi metabolismenya.  Selain itu, selepas pemeriksaan teliti, terungkap bahawa kepanasan melampau telah menyebabkan beberapa organ utama gagal seperti sistem saraf pusat, jantung, hati, dan sistem buah pinggang,” katanya.

Zhang hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk bertahan dari kecelakaan ini dan semua doktor berusaha menyelamatkannya .

Mujurlah, Zhang berjaya mengatasi kecelakaan ini dan kini telah dalam proses pemulihan. Dia dikeluarkan dari mesin ventilator empat bulan selepas rawatan bermula.

Pada masa ini, dia masih belum boleh bercakap dan sudah banyak menjalani pemulihan agar dapat berfungsi secara normal.

Semua rawatan ini agak mahal , kerana sekarang Zhang berhutang di hospital itu 480 ribu yuan atau setara dengan RM306,000.

Doktor menasihati masyarakat untuk lebih berhati-hati apabila menggunakan bilik sauna dan tidak melebihi masa yang disyorkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.