Kantoi Mencuri,Wanita Hamil Ini Dibelasah Dengan Teruk

Sesetengah orang bersetuju bahawa penjenayah layak dihukum oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang yang memilih untuk menghukum pelaku dengan tindakannya sendiri. Seperti yang terjadi pada seorang wanita hamil ini.

Dipetik dari Mirror, video mengerikan ini menunjukkan seorang wanita hamil yang dikatakan telah mencuri dan perbuatannya itu diadili sendiri oleh penduduk disitu.

Video itu menunjukkan tangan wanita hamil itu terikat di belakang tiang. Ada seorang lelaki yang menarik rambut wanita itu dan meramas dagunya. Sementara yang lain hanya melihat dan ada yang mengejeknya.

Ibu hamil diadili massa

Wanita itu kemudian jatuh dan tidak sedarkan diri. Lelaki tersebut tidak puas hati lalu menendang tepat di wajah wanitanya

Ibu hamil diadili massa

Setelah dipukul habis habisan, seorang wanita datang dan memeriksa keadaan wanita hamil itu. Dia lalu membangunkan badan wanita itu ke kedudukan asalnya.

Ibu hamil diadili massa

Menurut laporan, wanita berusia 28 tahun yang bernama Lu itu sebenarnya diketahui mencuri di kampungnya di Ningbo, China. Selepas wanita itu dihukum oleh penduduk di situ, Lu kemudian dibawa ke sebuah hospital berdekatan. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami luka yang serius.

Lu sebelum ini dikatakan telah ditangkap mencuri sebanyak tiga kali. Polis mengesahkan bahawa sebelum ini dia cuba mencuri wang 800 yuan (RM 510.00 ) dari rumah salah seorang penduduk. Namun dia dibebaskan kerana keadaannya yang lemah.

Tetapi apabila Lu kembali ke kampung, penduduk kampung berasa marah. Menurut penduduk, “Ini bukan kali pertama dia mencuri, dia ditangkap tetapi dibebaskan, jadi lebih baik kita sendiri menghukum dia.”

Sementara itu, Yin, lelaki yang memukul wanita hamil itu, menyerahkan diri kepada polis. Dia dijatuhkan hukuman penjara 8 hari dan denda 300 yuan (RM191.27).
Lihat video ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.