Jadi Ibu Pada Usia 12 Tahun, Tanya Masih Membisu Siapa Bapa kepada Bayinya Itu

Sebah program realiti di Ukraine telah dikecam ramai selepas ia menyiarkan rancangan secara langsung yang memaparkan bagaimana seorang budak perempuan yang berusia 12 tahun, Tanya Luchishin disoal siasat untuk mencari siapa bapa kepada bayi yang dilahirkan pada tahun lepas.

Program itu mencari siapa bapa kepada bayi itu, sama ada bapa tirinya Ivan Eremin atau dua abangnya iaitu Volodya, 15 dan abang tirinya, Viktor, 17.

Mereka bagaimanapun menafikan menjadi bapa kepada bayi yang dilahirkan oleh Tanya itu.

Dalam episod sebelum ini, Tanya mendakwa bayi yang dilahirkannya itu adalah anak hasil hubungannya dengan jirannya, Andriy, 18, namun bukti DNA menunjukkan Andriy bukan bapa bayi perempuan itu.

Walaupun ia bukan bayi Andriy, namun remaja lelaki itu mengaku telah meniduri Tanya dan memandangkan Tanya masih di bawah umur, Andriy bakal berdepan dengan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun.

Dalam rancangan pada minggu lepas juga, Tanya enggan mendedahkan nama suspek kepada lelaki yang menidurinya hingga mengandung dengan alasan suspek berada di dalam studio.

Selain itu, ibu Tanya iaitu Anna, 31, turut dibidas dengan teruk kerana didakwa menerima bayaran untuk mendedahkan masalah keluarganya kepada stesen TV berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan Tanya menjadi tertekan disebabkan perhatian yang diberikan kepadanya.

Sementara itu, aktivis kanak-kanak, Valeria Lutkovskaya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas stesen TV terbabit kerana merampas hak asasi Tanya manakala polis pula telah membuka siasatan mengenai hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Dalam pada itu, jiran mereka, Alexandra Virt berkata semua orang boleh melihat Tanya mengandung dan walaupun perkara itu dimaklumkan kepada Anna namun dia tidak mengambil sebarang langkah.

“Kami maklumkan kepada ibunya beberapa kali dan juga kepada bapa tirinya, namun lelaki itu memberitahu bahawa Tanya baru datang haid. Saya tanya kepada suami saya, bagaimana seseorang lelaki itu tahu bahawa Tanya telah datang haid,” katanya.