Iqram Dinzly Dikecam Swafoto Di Pusara

Dua minggu lalu Iqram Dinzly telah menyampaikan berita sedih menerusi Instagram miliknya, memberitahu bahawa bapanya kini sudah tiada dan telah menghembuskan nafas terakhir.

Namun, baru-baru ini Iqram telah dikecam kerana memuat naik gambar swafoto di pusara bapanya yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan beberapa komplikasi lain, lapor MH.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Iqram, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan dirinya tersenyum di sebelah pusara tersebut dan kelihatan buku Yassin di samping batu nisan.

Ruangan komen di Instagram Iqram juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial. Perkongsian pelakon drama Janji Diana itu telah menerima lebih daripada 12,000 likes setakat ianya dimuat naik dua hari yang lalu.

Malah, Iqram turut mengundang pelbagai kritikan negatif daripada netizen.Rata-rata berpendapat perbuatan Iqram untuk swafoto di tanah perkuburan adalah tidak sopan dan tidak wajar dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.