Ibu bapa Ini Didakwa Ke Mahkamah Gara-gara Beri Nama Anak Yang Kontrovesi

Ibu bapa biasanya memberikan nama anak berkaitan dengan harapan dan doa mereka namun di Perancis, terdapat pasangan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana menamakan anak lelaki mereka dengan nama “Jihad”.

Ibu bapa tersebut mendaftarkan nama kontroversi itu di balai kota Perancis, selepas kelahiran bayinya pada Ogos lalu.

Namun, pegawai tersebut terus memberikan amaran kepada pendakwa raya, yang menangani kes nama itu ke mahkamah keluarga kerana berkaitan dengan keganasan.

Hakim kemudiannya meminta pasangan itu memilih nama lain. Pasangan tersebut mendakwa bahawa”Jihad” tidak berkaitan dengan Perang Suci, tetapi lebih kepada usaha, perjuangan, dan pertahanan diri.

Empat tahun lalu, pasangan lain yang mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun dengan nama “Jihad” juga dimasukkan ke dalam penjara. Mereka memakaikan baju pada anaknya ketika di sekolah dengan tulisan “Saya adalah bom” di bahagian depan dan “Lahir pada 11 September” di bahagian belakang.

Undang-undang Perancis menyatakan bahawa setiap nama pertama boleh diberikan selagi ia tidak bertentangan dengan kepentingan anak di masa depan.

Laporan BBC menyebut, sejak 1993 – ketika itu ibu bapa di Perancis bebas memilih nama anak mereka.  Tetapi terdapat  beberapa kes yang dibawa ke mahkamah keluarga.

Kes pertama gara-gara nama Fraise (yang bermaksud strawberi). Hakim melarang pasangan yang ingin menamakan Fraise, dengan alasan anak itu boleh menjadi sasaran pembuli. Sebaliknya hakim menggantikan  dengan nama Fraisine, nama yang popular di England pada abad ke-19.

Kejadian kedua berlaku kepada seorang bapa di Perancis. Dia mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang industri kereta Perancis Renault menggunakan nama anaknya, Zoe Renault, sebagai nama jenis kereta. Cedric Renault mengatakan jika Renault untuk keretanya , maka hidup anaknya akan “susah”.

Pada 1999 pula, Sophia Renaud berjaya menyangkal undang-undang yang melarangnya memberikan nama Megane kepada anak perempuan mereka gara-gara pihak berkuasa berpendapat bahawa nama itu seperti jenis kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.