Gambar Katie Holmes Tertidur Dalam Subway Tular

Selebriti hollywood, Katie Holmes menjalani kehidupan dengan cara sederhana.

Bukan saja sering berpenampilan ringkas seperti orang biasa malah Katie juga punya gaya hidup yang sangat jauh dari status hidup mewah seperti mana artis-artis lain.

Buktinya, gambarnya sering dirakam ketika dia menaiki Subway (pengangkutan awam iaitu keretapi).

Baru-baru ini dia menaik Subway di kawasan Manhattan, New York, petik MD.

Apa yang menjadi bualan ramai gara-gara salah satu kamera paparazzi berjaya merakamkan satu momen yang mencuri perhatian – bekas isteri Tom Cruise ini tertidur di dalam subway.

Dalam gambar tersebut menunjukkan Katie yang memakai cermin mata hitam seolah-olah keletihan. Kepalanya terlentuk dan dipercayai dia tertidur.

Gambar tersebut tersebar di laman sosial sekaligus menjadi bualan hangat para peminat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.