Budak 2 Tahun Trauma Digigit Kera

TAIPING – Seorang kanak-kanak dua tahun trauma selepas diserang seekor kera ketika sedang bermain di halaman rumahnya di Jalan Kamunting Lama di sini Ahad lalu.

Serangan pada pukul 1 petang itu meng­akibatkan Nur AuliaIizzatunnisa Khairul Fais, 2, cedera pada betis kiri akibat digigit haiwan liar berkenaan, lapor Kosmo.

Ibu mangsa, Mazidah Che Hashim, 38, berkata, sebelum ini, sekumpulan kera yang selalu ‘singgah’ di rumah kosong bersebelahan rumahnya tidak bertindak ganas.

“Namun, apa yang terjadi pada Sabtu lalu sebaliknya. Saya betul-betul terkejut apabila mendengar anak saya menjerit sekuat hati apabila betis kanannya digigit. Saya tak sempat berbuat apa-apa kerana kera itu terus lari ke dalam Hutan Kampung Kamunting,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.