Bajet Alternatif: Pakatan Harapan Akhirnya Akur BR1M Beri Manfaat

Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan bajet alternatif mereka hari ini. Kalau dilihat kepada inti pati kandungan bajet mereka ini, memang ada yang disalin kulit sahaja daripada bajet alternatif 2017 lalu.

Melihat kepada isi bajet alternatif ini, memang nampak menarik namun harus diingat, ia lebih bersifat kepada mencari populariti, dipenuhi dengan fantasi dan khayalan.

Kenapa dikatakan bajet fantasi? Kerana ia dilakukan tanpa melibatkan wang ringgit jadi sudah tentu mudah dirancang. Hanya tambah angka dan statistik sahaja.

Apa yang pasti dalam bajet alternatif Pakatan Harapan ini, mereka mahu mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan mengakui bahawa bantuan berkenaan memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

“Pendirian Pakatan Harapan mengenai BR1M adalah untuk mengekalkan pembayaran yang sama kepada kategori orang yang sama yang menerima BR1M.

“Kami menyedari BR1M telah memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” demikian kandungan bajet alternatif PH mengenai BRIM.

Melihat kepada tindakan PH yang mahu mengekalkan BRIM, iaitu bantuan yang perkenalkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak ini, ia jelas menunjukkan bahawa PH mengakui bahawa bantuan tersebut berjaya membantu penduduk dan golongan sasar.

Jika dulu pengerusi PH, Mahathir Mohamad bukan main lagi mengkritik pemberian BR1M dan menghina penerima bantuan berkenaan sebagai penerima dedak dan rasuah daripada kerajaan, kini PH sendiri mengakui keberkesanannya.

Dengan adanya bantuan BR1M dalam bajet alternatif pembangkang ini, ia menunjukkan bahawa pembangkang telah sedar bahawa pemberian itu adalah sesuatu yang baik. Dan sekali lagi mereka meniru langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Dan seperti bajet-bajet pada tahun lepas, bajet alternatif Pakatan Harapan ini cuba memikat penduduk di Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan dana pembangunan berjumlah RM75 bilion kepada penduduk di negeri-negeri tersebut.

Bukan itu sahaja, dari aspek pendidikan pula, pembangkang menjadikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengumpan mahasiswa.

Pada 2012, pembangkang memberitahu mereka akan menghapuskan pinjaman PTPTN sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang iaitu pilihan raya umum ke 13. Ketika itu mereka dengan bangga menyatakan mahu memperjuangkan rakyat.

Hakikatnya bercakap memang mudah sebab mereka bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Namun pendirian itu telah berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.