Bapa Bunuh Diri, Anak Kahwin Tanpa Restu

Tindakan seorang bapa yang membunuh dirinya dengan sepucuk pistol secara langsung menerusi Facebook, kerana anak perempuannya berkahwin tanpa izin, menjadi tular.

Ayhan Uzun, dari Kayseri, Turki, telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol berkenaan. Dia sempat menyatakan : “Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu.’

Sebaik sahaja menghabiskan ayat berkenaan, Uzun terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.

Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.

“Oh hari paling bahagia bagi anak saya. Mereka menghubungi saya dan menjemput saya menghadirinya.

“Tiada siapa yang bertanya (minta kebenaran) kepada saya. Tiada sesiapa yang melayan saya seperti lelaki. Bapa mertua saya mengambil tempat saya dan memberikan keizinan kepada perkahwinan anak saya.

“Tiada sesiapa yang memberitahu bahawa bapa gadis ini masih hidup. Saya sebenarnya menunggu anak perempuan dan keluarga saya datang kepada saya dan menjemput saya untuk bersama-sama (meraikannya),’’ demikian kata-kata Uzun sebelum menembak dirinya.

Ketika video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat merayu kepadanya supaya tidak melakukannya.

Namun keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.