AS Sedia Timbang Kenakan Sekatan Ke Atas Myanmar

WASHINGTON – Amerika Syarikat menimbang untuk mengenakan sekatan di bawah undang-undang Global Magnitsky terhadap Myanmar berikutan keganasan yang dilakukan terhadap komuniti Rohingya, kata Jabatan Negara

Amerika Syarikat berkata, negara itu bimbang dengan insiden terbaharu di Rakhine, melibatan keganasan dan penderaan trauma yang dialami pelarian Rohingya serta komuniti lain.

Ia menambah: “Adalah penting mana-mana individu atau entiti yang bertanggungjawab terhadap kekejaman, termasuk pelaku dan pengawal bukan negara perlu memikul tanggungjawab”.

Jabatan Negara membuat pengumuman itu menjelang lawatan pertama Presiden Donald Trump ke rantau ini pada awal bulan depan bagi menghadiri sidang kemuncak negara-negara ASEAN, termasuk Myanmar, di Manila.

Komuniti Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar sejak akhir bulan Ogos apabila serangan pemberontak Rohingya mencetuskan tindak balas ketenteraan ganas.

Penduduk Rohingya didakwa dibunuh dan dirogol manakala rumah mereka dibakar.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson pada Rabu lalu berkata, Amerika Syarikat mahu tentera Myanmar bertanggungjawab atas tindakan kerasnya terhadap minoriti Muslim Rohingya.

Katanya, Amerika Syarikat akan melakukan tindakan terhadap pemimpin tentera Myanmar yang terlibat dalam serangan hingga memaksa lebih daripada 600,000 orang Rohingya keluar dari negara ini, kebanyakannya ke Bangladesh.

Jabatan Negara membuat pengumuman itu menjelang lawatan pertama Presiden A.S. Donald Trump ke rantau ini pada awal bulan depan apabila dia akan menghadiri sidang kemuncak negara-negara ASEAN, termasuk Myanmar, di Manila. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.