‘Tak Sangka Anak Meninggal Dunia Pada Hari Jadi’

JOHOR BAHRU – “Tidak sangka ulang tahun ke-23 anak saya hari ini bertukar menjadi tragedi yang tidak akan kami sekeluarga lupakan sehingga ke akhir hayat,” kata K Muniandy, 49.

 

Beliau berkata, anaknya, M Kaliama, 23, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sejak lima hari lalu kerana mengalami penyakit sawan.

 

“Pada jam 10 pagi tadi, saya menerima panggilan daripada pengurusan HSA memaklumkan anak saya antara mangsa yang meninggal dunia akibat kebakaran berlaku di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.

 

“Kami sekeluarga tidak sangka ketika masyarakat India sedang membuat persiapan sempena sambutan Deepavali kami sekeluarga kehilangan anak sulung,” katanya yang juga pemandu bas kilang ketika ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat HSA di sini, hari ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.