Sultan Johor Izin Pesakit ICU Di HSA Ditempatkan Di Wad Diraja

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan wad diraja di bangunan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka untuk menempatkan pesakit.

 

Titah tersebut dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas lawatan baginda ke lokasi kebakaran.

 

Tuanku yang berkenan mencemar duli ke HSA bagi mengikuti perkembangan terkini tragedi kebakaran di wad ICU selatan bangunan induk, HSA yang terbakar kira-kira 9 pagi tadi yang mengorbankan enam nyawa.

 

“Tuanku berkenan untuk membenarkan menggunakan sementara wad diraja yang lama sebagai tempat untuk meletakkan pesakit ICU ini,” katanya selepas mendapatkan taklimat mengenai insiden tersebut.

 

Mohamed Khaled turut mengucapkan takziah buat keluarga terlibat dan kerajaan negeri akan membantu keluarga waris yang terkorban.

 

“Majlis Agama Islam Johor (Maij) akan memberi bantuan RM100, 000 buat semua keluarga mangsa, dan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan yang diperlukan keluarga waris,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.