Permaisuri Johor Lawat Mangsa Kebakaran Di HSA

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idrish Shah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

 

Raja Zarith Sofiah tiba di wad Bunga Raya 1 (BR1) kira-kira jam 1.10 petang dan mengambil peluang melihat keadaan pesakit.

 

Baginda turut diberi maklumat tentang keadaan terkini kejadian tersebut oleh pihak bertanggungjawab sebelum meninggalkan perkarangan hospital. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.