Mahkamah Izin Maria Cabar Larangan Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah mencabar larangan ke luara negara yang dikenakan ke atasnya.

 

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berkata Maria melepasi tahap minimum untuk pendengaran semakan kehakiman berdasarkan merit.

 

“Mahkamah mendapati ini bukan permohonan menyusahkan dan remeh dan menarik untuk mendengar kes ini,” katanya dalam keputusan lisan.

 

Sebelum menyampaikan keputusan berkenaan Nik Hasmat bertanya sama ada Maria hadir kerana beliau berhajat bertemu dengan individu yang menjadi perhatian berita.

 

Beliau juga menetapkan kos nominal RM3,000 kepada Maria.

 

Sebelum ini dilaporkan Maria dihalang daripada meninggalkan negara ini ketika beliau mahu berkunjung ke Korea Selatan untuk mendapatkan anugerah antarabangsa.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.