Guru Perlu Berfikir ‘Di Luar Kotak’ Pastikan Percambahan Minda Generasi Muda

KUALA LUMPUR – Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan alat yang kini wujud demi mendidik minda golongan muda dan memacu mereka menuju masa depan, demikian menurut seorang aktivis pendidikan.

 

 

Naib presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (MAE) Datuk Satinah Syed Saleh mengambil perhatian bahawa guru-guru sekolah awam perlu lebih kreatif dan inovatif di bilik darjah memandangkan kaedah penyampaian dalam persembahan subjek adalah genting.

 

 

“Dengan akses Internet yang mudah ketika ini, guru-guru harus merebut peluang keemasan ini bagi melengkapkan diri mereka dengan bahan-bahan terkini,” kata beliau.

 

 

Terdahulu, Satinah bertindak sebagai moderator pada ceramah bertajuk ‘Menjengok ke Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah sekolah itu lebih baik dari Sekolah Kerajaan’, di sini hari ini.

 

 

“Guru-guru sekolah awam perlu berfikir secara berbeza dan tidak harus terikat pada cara konvensional memandangkan dalam era sekarang pelajar dikehendaki berfikir di luar kotak,” kata beliau.

 

 

Selain bersifat kreatif, beliau berkata guru-guru digalakkan mewujud hubungan erat pelajar-guru agar pelajar lebih responsif terhadap apa yang diajar kepada mereka.

 

 

Di samping itu, pelajar jangan hanya diharap mencapai kecemerlangan akademik tetapi perlu turut disemai dengan tingkah laku mulia.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.