Chong Wei Hampir Rangkul Gelaran Juara Siri Super Musim Ini

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir merangkul gelaran juara Siri Super pertamanya, musim ini selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Terbuka Perancis yang diadakan di Stade Pierre De Coubartin di Paris, Perancis.

 

 

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu hanya berjaya merangkul dua gelaran Grand Prix Emas — Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, yang kedua-duanya diadakan pada Jun selepas menjalani penggantungan lapan bulan bagi kesalahan doping yang berakhir Mei lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan Wang Zhengming dari China; menang 21-7, 21-13 dalam perlawanan separuh akhir, yang berlangsung lewat Sabtu waktu tempatan (awal Ahad waktu Malaysia).

 

 

Menantinya pada perlawanan akhir lewat Ahad itu ialah pemain muda Taiwan, Chou Tien Chen yang berjaya melepasi ke final selepas mempamerkan aksi menarik 21-11, 21-19 mengetepikan pilihan kedua, Jan O Jorgensen dari Denmark dalam empat lagi perlawanan terakhir, lapor Persekutuan Badminton Dunia (MWF) dalam laman web; www.bwfbadminton.org.

 

 

Cabaran Malaysia dalam empat lagi acara iaitu beregu lelaki, perseorangan wanita dan beregu wanita serta beregu campuran berakhir awal selepas tewas pada pusingan awal Kejohanan Siri Super yang menawarkan wang tunai keseluruhan US$275,000 (RM1.17 juta).- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.