Gara-Gara Sepasang Kasut, Pelajar Tingkatan 2 Kritikal

Balik Pulau – Seorang pelajar tingkatan dua berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa dipukul oleh sekumpulan senior di asrama mereka.

Pelajar berusia 14 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau patah tulang rusuk dan bahu dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam.

Difahamkan kejadian itu berlaku selama beberapa jam sehingga awal pagi hari berikutnya.

Sumber berkata, kejadian ganas itu berlaku ekoran dakwaan kehilangan sepasang kasut berjenama.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin berkata, beberapa pelajar dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu dan akan ditahan tidak lama lagi.

Bernama melaporkan bahawa warden sekolah hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada hari berikutnya dan pelajar itu telah dihantar pulang dengan kapal terbang.

Apabila remaja itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, bapanya membawanya ke hospital di Klang, Selangor untuk pemeriksaan.

Dia dikatakan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.