Video: Berani Pegang Anjing, Tetapi Takut Berdepan Dengan Media

Petaling Jaya – Sidang media program yang mencetuskan kontroversi ‘I Want To Touch A Dog’ sedikit ‘tergantung’ apabila penganjurnya bertindak meninggalkan majlis kerana beliau dikatakan menerima ugutan bunuh.

Syed Azmi hanya memohon maaf dan terus beredar tanpa menjawab soalan pemberita kerana dia mendakwa telah menerima mesej yang mengancam diri dan nyawanya.

Sidang media itu walaubagaimana pun tetap diteruskan,  peguam yang mewakili Syed Azmi, Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail mengambil alih majlis dan menjawab pertanyaan pihak media.

Peguamnya memberitahu, kehidupan Syed Azmi kini terancam apabila beliau sering menerima panggilan telefon, mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mahu melakukan sesuatu terhadap beliau termasuk membunuh.

“Dia telah banyak menerima ugutan bunuh dan segala macam ugutan…tadi pun ada terima ugutan.

“Untuk keselamatan dirinya, dia terpaksa beredar,” katanya.

Menurut Syahredzan juga, laporan polis telah dibuat berhubung ugutan ini dan kertas siasatan telah dibuka.

Syhredzan berkata,  satu lagi laporan polis akan dibuat memandangkan ancaman yang diterima semakin keras.

“Ia agak serius dengan ugutan-ugutan menyatakan akan bunuh jika terjumpa Syed Azmi di tengah jalan, patahkan tulang dan sebagainya.

“Setakat semalam, dalam masa beberapa jam mesej diterima yang tidak dibaca mencecah dua ribu,” katanya sambil menambah laporan SKMM juga telah dibuat.

Syed Azmi dikatakan dihentam teruk itu bagaimanapun masih belum bercadang mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang mengkritik secara keterlaluan.

11 thoughts on “Video: Berani Pegang Anjing, Tetapi Takut Berdepan Dengan Media

  • October 25, 2014 at 6:44 pm
    Permalink

    Berani buat …beranilah tanggung risikonya.

    Reply
  • October 25, 2014 at 9:08 pm
    Permalink

    Kalau betul dia diugut bunuh, memang kesian la hidup dia skrang. apa dia buat tu saya sokong, nak bagi kesedaran tentang anjing tapi cara pelaksaan sangat songsang. tak perlulah nak bawa anjing untuk ajar samak

    Reply
    • October 26, 2014 at 8:24 am
      Permalink

      Senang je tgglkn mjlis konon utk kslmtan mmg auta..renung2kn mereka y dh pluk2 anjing bulu2 melekat kt bju,ps2 basuh bju bulu dh jd basah n bcmpur dgn pkaian y lain,air basuhan d alir kdlm bilik air,kt bilik gk kita amik air smbhyg..sbb 2 dlm islam x galakn pegang tanpa sebab,sbb nye mcmnila sbb sorang satu kuarga rasa tempias najis anjing 2..mkna pkaian mereka xbole bpeluh n perlu d samak..xpun buang je..

      Reply
  • October 25, 2014 at 9:47 pm
    Permalink

    Salam ma’al hijrah,
    Umat Islam di tuntut supaya saling memaafkan apatah lagi penganjur itu sendiri pun beragama Islam.Bukan kah kita di wajibkan untuk bersangka baik.Banyak hadis-hadis Rasulullah saw memperkatakan tentang soal bersangka baik dan saling mema’afkan sesama saudara se islam.Mudah-mudahan orang awam dan yang lebih afdal yang berilmu supaya tidak terlalu taksub dengan ilmu sehingga terlupa akan akhlak yang terpuji.Penganjur mungkin terlepas pandang tentang penerimaan masyarakat islam di malaysia dan sebaik-baik teguran adalah yang paling lembut dan berakhlak tinggi sesuai dengan ilmu yang di pelajari.Ma’afkan lah penganjur tanpa syarat,kesiankan mereka yang cuba berbuat baik dan jangan lah kita berlebih-lebihan dalam tindakan atau melampaui batas sebab Allah swt pun tidak suka pada makhluk yang melampau.

    Reply
  • October 26, 2014 at 9:16 am
    Permalink

    suka sangat cari penyakit… agaknya nak tonjolkan diri, nampak unik dari orang lain lah kononnya… tapi jahil tentang hukum agama… kalau nak glamour sangat pun, janganlah buat benda yang bukan- bukan ok? agama ni bukannya boleh buat main- main Encik Azmi oii! diharapkan Encik Azmi bertaubatlah dengan taubat nasuha… matlamat tidak akan menghalalkan cara. walaupun mungkin Encik Azmi ni berniat baik, tapi cara Encik Azmi tu memang dah mendatangkan dosa kerana bertentaangan dengan hukum agama.

    Reply
  • October 26, 2014 at 2:08 pm
    Permalink

    so silly Kalau penganjur yg Mmg melayu Islam kononnya tak tahu ada orang yg akan pegang Anjing sedang kan Tajuk program pun very directly saying about I want to touch a dog! Mungkin Dah rasa excited sgt to bring about program yg latest, new and close to the mall dean people so tak kisah Dgn dosa yg menjurus kpd hilang nya pahala akibat tidak merujuk kpd majlis fatwa Kebangsaan atau ulama utama di negara sendiri. Kalau nak sgt bagitau ttg cara selamatkan Anjing, just tunjukkan sayalah caranya Oleh bukan Islam habis cerita. Sebenarnya tuan penganjur lelaki berkenaan pun Dlm TV nampak jelas belai belai Bulu one of the Anjing so tak perlu lah cover line. It is so disgusting when u both this lady Muslim penganjur bersama and peguam lelaki ini Beria nak pertahankan diri dan program. Nampak tak insaf! Bnyk2 la bertaubat n I guess it’s true that Nik Aziz said otai u all berulat? Cukup2lah ada manusia di negara ini yg nak popular kan liberalisma and kpd saudara/saudari penganjur jgn jadi penambah murkanya Allah pd Kita semua ok.

    Reply
  • October 26, 2014 at 3:37 pm
    Permalink

    diorang sekarang berlagak seolah2 diorang anjur program ‘How To Touch A Dog’… jauh sgt beza ‘I Want To Touch A Dog’?.. Nak U turn camana pun, rakyat malaysia bukannya bodoh…

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:51 am
    Permalink

    Nmpak Sgt kebodohannye..

    Reply
  • October 27, 2014 at 10:47 am
    Permalink

    Umat Islam di tuntut supaya saling memaafkan apatah lagi penganjur itu sendiri pun beragama Islam.Bukan kah kita di wajibkan untuk bersangka baik.Banyak hadis-hadis Rasulullah saw memperkatakan tentang soal bersangka baik dan saling mema’afkan sesama saudara se islam.Mudah-mudahan orang awam dan yang lebih afdal yang berilmu supaya tidak terlalu taksub dengan ilmu sehingga terlupa akan akhlak yang terpuji.
    Berani buat …beranilah tanggung risikonya.
    Apa dia buat tu saya sokong, nak bagi kesedaran tentang anjing tapi cara pelaksaan sangat songsang.
    Renung2kn mereka y dh pluk2 anjing bulu2 melekat kt bju,ps2 basuh bju bulu dh jd basah n bcmpur dgn pkaian y lain,air basuhan d alir kdlm bilik air,kt bilik gk kita amik air smbhyg..sbb 2 dlm islam x galakn pegang tanpa sebab,sbb nye mcmnila sbb sorang satu kuarga rasa tempias najis anjing 2..
    Penganjur mungkin terlepas pandang tentang penerimaan masyarakat islam di malaysia dan sebaik-baik teguran adalah yang paling lembut dan berakhlak tinggi sesuai dengan ilmu yang di pelajari.Ma’afkan lah penganjur tanpa syarat,kesiankan mereka yang cuba berbuat baik dan jangan lah kita berlebih-lebihan dalam tindakan atau melampaui batas sebab Allah swt pun tidak suka pada makhluk yang melampau.
    … KENAPA EKS… KALAU BANGSA ASING BUAT SALAH MELAMPAU ‘HINA AGAMA ISLAM @ JATUHKAN MARUAH PEMIMPIN ISLAM’ LEPAS TU BUAT SIDANG AKHBAR ‘MINTA MAAF’… RASA2NYA BANGSA KITA NAK MELENTING MACAM NI KER??? INI BUKAN NAK NYALAKAN API PERKAUMAN TETAPI UNTUK SEDARKAN BANGSA KITA SENDIRI…

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:56 pm
    Permalink

    Sebab apa kalau bangsa buat salah melampau hina agama islam atau jatuhkan maruah pemimpin islam lepas tu buat sidang akbar minta maaf bangsa kita tak melenting?….

    Sapa cakap….melenting dan amat marah sangat…tetapi saudara kena ingat mereka bangsa asing khususnya bukan beragama islam tidak tahu agama kita….kita kena beri penerangan supaya mereka faham mengenai agama islam.Sebab tu lah selepas itu kalau mereka minta maaf pun kalau tak ikhlas kurang2 kita dapat berpesan pesan kepada mereka….

    Ini orang MELAYU yang secara jelas sebagai orang yang beragama ISLAM…lebih jahil dari orang bukan beragama ISLAM.
    Lagi lah tak boleh dimaafkan…

    Inilah cara orang-orang jahiliah cuba menjatuhkan akidah umat ISLAM negara ini. Jika ALLAH SWT turunkan bala saudara pun tak kan berkecuali terhindar dari bala ALLAH tau…cuba fikirkan.

    Reply
  • October 27, 2014 at 11:56 pm
    Permalink

    Kalau lelaki perempuan pegang tangan bukan muhrim cium Sana sini tu mcm mana pula ye?? Kesilapan lalu biarlah dijadikan pengajaran. Tak Perlu Kita nk menghukum.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.