‘Apa Khabar’ Buka Hati Gabungkan Malique, Joe Flizoww

Kuala Lumpur – Sebelum ini penyanyi Hip Hop Joe Flizoww memberitahu lagu ‘Apa Khabar’ masih berjaya membuka hati Malique untuk bergabung semula bersamanya sebagai penyanyi, atas nama kumpulan yang pernah menjulang mereka ketika era 90-an dulu, Too Phat.

Menerusi bait-bait lagu tersebut Joe meluahkan kerinduannya mahu bergabung semua dengan Malique. Tidak hanya Joe, peminat juga menyimpan harapan dan menanti-menantikan kemunculan semula Malique.

Dedah Joe, sebetulnya Malique sedia tahu yang lagu itu memang ditulis untuk dirinya malah dia percaya Malique juga tahu ramai yang mengharapkan dirinya kembali ke pentas. Namun usaha untuk memujuk ‘kembarnya’ itu kembali aktif sebagai penjuang Hip Hop di ‘barisan hadapan’ seperti dulu, sehingga kini belum lagi berhasil.

“Belum lagi. Nanti kalau ada berita gembira itu saya pasti akan umumkan pada semua. Saya memang harap dia akan terbuka hati. Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, saya rindu nak berkerjasama dengan dia di dalam studio. Rindu saat-saat kami pernah kerja dalam studio sehingga 100 jam lamanya. Malique selain seorang yang memetingkan kesempurnaan, dia tu dah macam kembar saya. Saya rindu nak buat persembahan di konsert jelajah.

“Saya ada berjumpa dia. Tapi setiap kali kami berjumpa, kami tak pernah berbual perihal lagu termasuklah lagu Apa Khabar. Tapi sebenarnya 6 bulan sebelum album Havoc release, saya dah perdengarkan pada dia lagu itu. Dan saya beritahu dia yang saya tulis lagu itu utuk dia. Dia dengar tapi dia tak komen atau cakap apa-apa pun”, kata Joe Flizzow kepada Malaysian Digest.com

Joe ditemui pada sidang media pengumuman Top5 Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) bertempat di hotel Istana Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Pada majlis tersebut Joe berjaya tersenarai dalam enam pencalonan termasuk dua pencalonan untuk kolaborasi beliau bersama kumpulan Sleeq menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/ Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu (‘Tepi Sikit’), Kulit Album Terbaik (Havoc), Video Muzik Terbaik (‘Apa Khabar’) dan Lagu Hip Hop Terbaik (Havoc).

AIM21 bakal berlangsung di PWTC pada 6 Disember 2014.

Mengulas mengenai kejayaannya itu Joe berkata dia gembira dan bersyukur kerana perjuangannya selama ini akhirnya semakin mendapat perhatian dan diharga ramai pihak.

Tidak meletakkan harapan yang teralu tinggi untuk mana-mana kategori, tapi kata Joe, lebih bermakna kalau Havoc juga tersenarai dalam kategori Album terbaik. Bagaimanapun dia berharap lagu Apa Khabar mendapat kemenangan.

“Saya masih ingat lagi, kira-kira 15 tahun lalu AIM menerima kami penyanyi muzik Hip Hop dengan seadanya. Dan hari ini, ampaknay kami semakin diberikan ruang untuk mengetengahkan bakat dan karya-karya kami.

“Kalau ikutkan hati, kalau lah boleh saya mahu cagarkan keenam-enam pencalonan ini untuk ditukarkan dengan satu saja kategori yang memang saya idamkan iaitu album terbaik dan saya taruhkan album Havoc. Dua tahun saya hasilkan album itu. Bagi saya ia sebuah album yang kita tak boleh dengar satu saja lagu di dalamnya tapi dari track pertama hingga track terakhir, baru kita dapat faham isi album itu.

“Tapi saya tidak lah terlalu kecewa tak dicalonkan dalam kategori itu. Mungkin peluang masih belum ada. Atau mungin juga perjuangan kami mahu memartabatkan genre Hip Hop ini belum tamat lagi”, tuturnya.

“Saya harap Apa Khabar menang. Sebab lagu dan muzik video yang terhasil itu bukan kerja saya seorang tapi kerjasama kami berpasukan kerja pengarah. Ia kerja anak malaysia yang duduk di New York, dia dagh balik ke sii tapi saya ajak dia ke sana semula untuk hasilkan muzik video. Lagu itu juga sangat personal bagi saya, ia sebuah lagu yang menunjukkan sisi emosional dan sensitif saya. Ramai orang tak tahu yang saya ini sensitif orangnya”, katanya lagi sambil tertawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.