Elak subsidi tiris, kerajaan mungkin guna MySejahtera -Steven Sim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pelbagai mekanisme untuk melaksanakan pemberian subsidi sedang diteliti oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan bagi memastikan tiada kumpulan penerima yang layak tercicir.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, antara mekanisme yang sedang diteliti adalah menggunakan aplikasi MySejahtera seperti dicadangkan bagi memastikan pemberian subsidi dapat dilaksana tanpa berlakunya ketirisan.

“Mekanisme-mekanisme untuk melaksanakan subsidi secara bersasar ini sedang diperincikan termasuk seperti apa yang disebut tadi menggunakan aplikasi seperti MySejahtera dan sebagainya.

“Saya setuju dengan isu ketirisan dari segi subsidi kita, sebab itu Kerajaan Perpaduan mempunyai iltizam politik bukan sahaja dari segi perancangan tetapi telah pun melaksanakan langkah pertama.

“Bukan mudah untuk sesebuah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar sebab yang tidak dapat akan marah, waima dia orang asing sekali pun tetap (juga) akan bising tetapi kerajaan telah menunjukkan iltizam pertama iaitu pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya dalam persidangan di Dewan Negara, pada Isnin, lapor Utusan.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, masalah utama dihadapi oleh negara adalah mengenai ketirisan iaitu dakwanya banyak subsidi ‘hilang’ kepada warga asing.

Sehubungan itu, Arman Azha mencadangkan kerajaan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk dijadikan sebagai mekanisme untuk memberi subsidi kepada rakyat memandangkan sekitar 90 peratus masyarakat menggunakan aplikasi tersebut.

Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, dengan sokongan semua pihak kerajaan akan mengemaskini segala mekanisme untuk memastikan sumber kewangan negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sepenuhnya terutama golongan memerlukan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat