Ajak Shiro Tawar RM500 Ganjaran Cari Pemilik Instagram Biadap

PETALING JAYA — Berang dikecam pengguna Instagram dengan kata-kata kesat, pelawak Ajak Shiro menawarkan ganjaran RM500 kepada indiividu yang dapat memberi maklumat berkaitan pemilik akaun tersebut.

“Mamat ni panggil aku p****k dalam video aku dengan anak aku tadi. Sapa dapat cari dia aku bagi RM500,” katanya di Instagramnya semalam merujuk pemilik akaun atas nama Aasin Comel.

Merujuk video bersama anaknya Nadia Soffea, 4 tahun, yang terpaksa dipadamkan berikutan kata-kata sedemikian, Ajak,33, mengakui tawaran dibuatnya kerana beliau “panas hati” susulan pemilik akaun tersebut menghina menerusi ruangan komen.

“Memang aku pelawak. Tapi jangan cabar hati bapak (dirinya) dipanggil sebegitu. Bab anak jangan melebih,” katanya kepada ProjekMM.

Mengepil tangkap layar akaun Aasin Comel, Ajak, nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak, turut berpesan kepada warga maya supaya berhemah dalam memberi reaksi.

“Kalau nak hina, aku sorang dah cukup. Jangan melebih nanti ada yang kata aku tak reti kawal emosi la padahal aku pernah kena lagi teruk,” katanya.

Beliau berkata tawaran itu terbuka sehingga beliau bertemu dengan pemilik akaun dan bersemuka dengannya atau meminta maaf.

“Tawaran tu sampai aku dapat jumpa budak tu. Wakil-wakil tak nak,” kata Ajak. – MalayMail

Lain-lain berita;

Video: “Kamu Pun Dah Ada Dalam Kubur”, Netizen Kecam Menteri Sindir Penduduk Kampung Baru

Letak Jawatan Segera atau Rakyat Menghadap Agong Gesa Pecat Tommy Thomas

Tiada Dokumen Perjanjian Yang Tetapkan Bila Anwar Jadi PM – Penasihat Media Dr Mahathir

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.