VIDEO: Isteri Aliff Syukri Enggan Pegang Tangan Sajat

SHAH ALAM – Umum mengetahui usahwan Nur Sajat Kamaruzzaman sering mencetuskan kontreversi berhubung kenyataannya tentang jantinanya.

Walaupun Sajat pernah mendakwa dirinya khunsa, seringkali pertikaian di media sosial yang mengatakannya menipu.

Terbaru, viral video pendakwah Ustaz Ebit Lew yang hadir ke kediaman Aliff Syukri bin Kamarzaman dan isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Dalam masa yang sama Sajat turut hadir dengan memakai tudung.

Berdasarkan video yang berdurasi 0:41 saat itu ustaz Ebit meminta Aliff memegang tangan isterinya dan Shahida pula memegang tangan Sajat.

Ebit Lew berbuat demikian untuk memberikan contoh Nabi memegang tangan isterinya dan berkasih sayang di antara keluarga.

Nyata dalam video itu Shahida dilihat teragak-agak untuk memegang tangan Sajat, duduk pun menjarakkan dirinya dengan Sajat.

Namun kerana tangannya tidak raih isteri Aliff maka Sajat yang memegang tangan Shahida.

Lalu Ebit berkata “Eh boleh pegang? Lupa pula… Sorry (sambil melihat Shahida).”

 

Netizen di media sosial rata-rata melontarkan pandangan dan menyifatkan bahawa Ustaz Ebit sebenarnya mahu membuktikan bahawa Sajat bukan Khunsa tetapi lelaki, justeru dengan cara itu maka terbuktilah kepada orang ramai jantina sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.