VIDEO: ANGKASA Komited Bantu Gelandangan

KUALA LUMPUR – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersedia membantu golongan gelandangan yang memiliki kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan demi mengubah masa hadapan mereka menjadi lebih baik.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah yang ditemui dalam program santuni gelandangan itu berkata, ia merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) ANGKASA, yang dijalankan bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat.

Ujarnya lagi, golongan gelandangan perlu dibantu dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada dalam kalangan mereka memiliki kemahiran yang boleh diketengahkan.

“Mungkin ada dalam kalangan mereka ini boleh menjahit, membuat kek atau sebagainya.

“Kami sedia membantu, mereka hanya perlu datang ke cawangan Angkasa untuk berbincang bentuk bantuan yang boleh diberikan seperti dana mikro kredit,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas mengagihkan bantuan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Isnin.

Abdul Fattah berkata, Angkasa berhasrat untuk memperluaskan program bantuan kepada golongan gelandangan ke seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di ibu negara sahaja.

“Pada malam ini kita salurkan bantuan makanan kepada gelandangan yang memerlukan.

Bantuan dilaksanakan dengan kerjasama NGO (organisasi bukan kerajaan) dikenali sebagai pertiwi,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.