Sultan Johor Murka Ahli MBIP Guna Bahasa Cina Dalam Urusan Surat Rasmi

KUALA LUMPUR — Sultan Johor murka terhadap seorang ahli Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sebarang surat-menyurat rasmi melibatkan kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.

“Apa sahaja urusan surat-menyurat membabitkan kerajaan negeri atau ahli majlis PBT semuanya mesti dalam Bahasa Melayu,” titah baginda dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

“[Ini] kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat. Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa.”

Baginda mengulas tindakan seorang ahli MBIP menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi PBT, yang tersebar di media sosial, berhubung makluman mengenai satu majlis dialog.

Sultan Ibrahim juga bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi dan amalan itu diguna pakai sejak dahulu di Johor.

“Saya sarankan kepada ahli majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.