Semua Pihak Yang Waras Setuju Tutup Pusat Tahfiz Kata Zam

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin di laman sosial Twitternya hari ini berkata, semua pihak yang waras sudah bersetuju untuk menutup sebilangan pusat tahfiz di Malaysia.

Zainuddin memuat naik gambar berita Putrajaya Gubal Akta Kawal Tutup Tahfiz Tidak Berdaftar di mana keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kebajikan murid-murid tahfiz di negara ini.

Katanya, keputusan tersebut adalah yang terbaik dilakukan bagi mengelakkan eksploitasi terhadap kehidupan, keselamatan dan ekonomi ibu bapa dan kanak-kanak yang menuntut di pusat tahfiz.

Menerusi kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan semalam, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta semua pihak tidak mengeluarkan sebarang bentuk spekulasi berhubung kes sembilan pelajar tahfiz yang diliwat pengetua mereka.

Institusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan.

Ini kerana, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sejak daripada dahulu sentiasa konsisten menentang sebarang bentuk manipulasi, penderaan, ketidakadilan dan penindasan kepada kanak-kanak.

Namun, Zainuddin membidas kenyataan Mufti dengan mengatakan kes tersebut timbul berikutan kelalaian jabatannya melakukan pemantauan yang sistematik.

Tambah Zainuddin, Dr Zulkifli tidak boleh menutup kelemahannya untuk menegakkan semua orang agama adalah baik selain mempersoalkan apakah keburukan anak-anak tidak boleh dikaitkan dengan ibu bapa mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.