Riza Aziz Dipanggil SPRM Lagi

SHAH ALAM – Anak kepada isteri mantan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil lagi memberi keterangan dalam siasatan terhadap dakwaan menyeleweng dana 1MDB untuk menerbitkan filem Hollywood.

Memetik laporan Sinar Harian, Riza Aziz dilihat berada di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya seawal jam 9.30 pagi.

Ini kali keempat Riza dipanggil memberi keterangan kepada SPRM.

Anak tiri Datuk Seri Najib itu merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Red Granite Pictures.

Red Granite ialah penerbit filem The Wolf Of Wall Street, yang didakwa menggunakan wang diseleweng dari 1MDB. -SuaraTv 

One thought on “Riza Aziz Dipanggil SPRM Lagi

  • September 25, 2018 at 4:26 pm
    Permalink

    anak beranak korup kurap najis…ada manusia mcm ni lagi!!!! harta kau nk bawa mana??? tamak haloba … pelik jijik najis..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.