Pegawai Kanan Kerajaan Dedah Skandal 1MDB

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan kerajaan era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara sumber yang mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wartawan Wall Street Journal (WSJ), Tom Wright, berkata beliau tidak boleh mendedahkan individu berkenaan secara terperinci kerana dikhuatiri membahayakan mereka.

Beliau yang juga pengarang bersama Billion Dollar Whale, berkata sumber berkenaan memberi maklumat kepadanya berhubung penyelewengan dana 1MDB sehingga ia berjaya dibukukan.

“Mereka memberi sepenuh kepercayaan terhadap saya (untuk tidak dedah siapa mereka).

“Secara umumnya mereka adalah pegawai kanan kerajaan. Saya bercakap mengenai individu yang dikenali dan bukannya seorang birokrat.

“Jadi, mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku. Itu cara kita dapatkan banyak dokumen berkaitan pada peringkat awal,” katanya pada sesi soal jawab bersama media dan tetamu di pelancaran buku Billion Dollar Whale di sebuah kedai buku di Suria KLCC, hari ini.

Wright berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang bertanya individu yang memberi maklumat mendedahkan penyelewengan 1MDB kepadanya menerusi emel.

Situasi kemudiannya menjadi semakin hangat dengan kehadiran bekas Pegawai Khas Najib, Isham Jalil yang meminta Wright mengemukakan bukti berlaku penyelewengan dalam 1MDB.

Wright menjawab, terdapat banyak laporan siasatan yang sedang berlangsung seperti yang terkandung dalam bukunya itu.

Beliau berkata, apa yang pihaknya sedang lakukan adalah berusaha untuk mendapatkan dokumen mahkamah dari kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, jawapan Wright tidak memuaskan hati Isham yang kerap kali mencelah dan membangkitkan pertanyaan.

“Saya mahu lihat bukti yang mensabitkan dia (Najib) dengan dakwaan penyelewengan itu sebab dalam buku itu Jho Low banyak disebut,” kata Isham.

Isham terus mendesak Wright menjawab mudah sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ terdapat bukti yang mengaitkan Najib dengan penyelewengan itu.

Wright menjawab; “secara peribadi saya rasa (ya).” – BERITA HARIAN

2 thoughts on “Pegawai Kanan Kerajaan Dedah Skandal 1MDB

  • September 26, 2018 at 2:06 am
    Permalink

    bagus tahniah bantu negara ini dgn kes 1mdb…. biar rakyat tahu semua tahu sapa punya keje rompak duit samun khianat pd dymm ydp agung .negara .rakyat semua… asyik tepis elak ..ni da ada kes ..cantik tunggu jer nanti ya!! mudah2an yg salah dihukum seberat2 nya…amin

    Reply
  • September 26, 2018 at 2:08 am
    Permalink

    very very good…welldone….congratulations….thank you save our country…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.