“Mana Janji PH Mahu Mansuh Akta Hasutan?”

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Datuk Ramesh Rao Krishnan melahirkan rasa pelik kerana beliau diminta untuk untuk memberikan keterangan kepada polis atas dakwaan menghasut.

Ujarnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini lebih cenderung menekan pihak yang tidak sebulu dengan mereka, sungguhpun sebelum ini beriya-iya mengangkat hak kebebasan bersuara.

“Tengah hari esok pegawai polis dari IPD Jasin akan datang ke pejabat saya untuk mengambil keterangan. Esok baru tahu dakwaan menghasut yang dikenakan terhadap saya,” katanya kepada SuaraTv.

Tegas Ramesh, kerajaan PH yang sewajarnya disiasat kerana menabur janji palsu kepada rakyat, selain banyak menghasut rakyat agar membenci mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka dulu janji nak mansuhkan Akta Hasutan tapi sampai sekarang masih belum mansuh. Sepatutnya mereka yang disiasat kerana tabur janji palsu, hasut orang agar benci Najib. Tapi sebaliknya saya pula yang disiasat. Kerajaan patut cakap serupa bikin lah,” katanya lagi.

Bagaimanapun Ramesh berkata beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. -SuaraTv 

One thought on ““Mana Janji PH Mahu Mansuh Akta Hasutan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.