Malas Lipat Kain Punca Cucu Hilang 3 Hari

SHAH ALAM – Seorang pengguna Facebook baru-baru ini menceritakan satu pengalaman seram yang berkaitan dengan keadaan harian yang biasa terjadi.

Wanita dan lipat kain sangat sinonim, sudah tentu ramai yang mempunyai masalah untuk melipat kain berbeza dengan membasuh dan mengemas rumah.

Tajul Zulkarnain menceritakan pengalaman datuknya menyelematkan cucu rakannya yang hilang disembunyikan jin di dalam longgokan kain.

Kisah itu berlaku apabila rakan datuknya meminta pertolongannya mencari cucunya yang hilang tiga hari.

Membawa al-quran datuk Zulkarnaik tiba di rumah kawannya lalu melihat timbunan kain. Lalu datuknya mula membaca surah Yassin sambil menyeluk tangannya di timbunan kain itu.

Tangannya kemudian ditarik oleh sesuatu sehingga mengakibatkan terjatuh dan tersembam sebelum cucu rakannya ditemui di dalam longgokan itu.

“Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Darah dia kena hisap,” katanya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.