Komposer Irama Malaysia, Pak Ngah Meninggal Dunia

SHAH ALAM – Komposer yang sinonim dengan lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain, meninggal dunia di Batam, Indonesia pada pukul 3.02 petang tadi.

Berita kematian Suhaimi atau lebih mesra disapa sebagai Pak Ngah disahkan oleh penyanyi terkenal Noraniza Idris, yang mendapat makluman daripada anak komposer itu.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham belum diketahui buat masa ini.

Difahamkan jenazah Pak Ngah akan dibawa pulang ke tanah air esok. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.