Institusi Raja Mesti Patuh Hak Asasi Manusia Kata Timb Menteri

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim bersetuju bahawa raja-raja Melayu perlu menunjukkan ketelusan meskipun mengakui isu itu merupakan perkara sensitif untuk dibincangkan di negara ini.

“Menjadi sebuah institusi penting, (raja-raja) menyedari arah tuju yang diambil negara ini.

“Oleh itu, mereka perlu mematuhi ketelusan (dan) dari segi kebebasan maklumat dan hak asasi manusia,” tambah Sim.

Isu membabitkan anggota majlis tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin sebelum ini yang menyentuh mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan.

Menurut Perbendaharaan, kerajaan hanya memperuntukkan RM13.5 juta setahun untuk baginda.

Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel pula memberitahu hadirin bahawa isu-isu mengenai raja-raja Melayu merupakan perkara yang tabu namun menggesa agar kewartawanan penyiasatan dilindungi.

“Tetapi sangat mengecewakan apabila Kadir mendapat susah kerana mendedahkan sesuatu (yang) mungkin memerlukan siasatan lanjut.

“Dan juga, di sini adalah bagaimana kita dapat memperkuatkan kewartawanan penyiasatan. Ini bermakna persekitaran perlu diwujudkan (agar) mereka (wartawan) boleh melaporkan, mereka boleh menggali lebih mendalam dan melaporkan (isu-isu ini) tanpa mengalami masalah, “katanya.

Antara mereka yang mengkritik Kadir sebelum ini adalah presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melahirkan rasa kesal atas kenyataan pemimpin BERSATU itu mengenai institusi diraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.