Boikot PRK PD Bukan Sebab BN Takut

SHAH ALAM – Mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bukan beerti Barisan Nasional (BN) takut sebaliknya menghormati pilihan rakyat yang memilih wakil rakyat menerusi sistem demokrasi pada pilihan raya yang lalu.

Kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah PRK pada kali ini yang disengajakan demi cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar.

“Keputusan ini pada saya, bukan bermaksud BN takut kalah atau ingin memberikan laluan mudah kepada Anwar Ibrahim. Situasi ini tidak berbangkit sama sekali, malah kita menghormati dan menyanjung tinggi amalan demokrasi di negara ini.

“Namun sengaja mengadakan pilihan raya atas sebab menjayakan cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sama sekali,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambahnya, lebih bermanfaat untuk UMNO menggunakan masa yang ada untuk memperkukuhkan parti.

“Bagi saya, ketika ini UMNO lebih baik memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkat keyakinan pemimpin serta ahli parti seluruh negara.

“Melibatkan diri dalam pilihan raya kecil di Port Dickson hanya menghilangkan tumpuan UMNO kepada perkara yang lebih penting,” tambahnya.

Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu mengambil keputusan sepakat bersama-sama dengan parti komponen dalam BN untuk tidak meletakkan calon pada PRK Port Dickson pada 13 Oktober nanti.

Katanya, ini kerana ianya melanggar sistem demokrasi apabila penyandangnya sebelum ini Datul Danyal Balagopal Abdullah sengaja meletakkan jawatan atas alasan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. -SuaraTv

2 thoughts on “Boikot PRK PD Bukan Sebab BN Takut

  • September 25, 2018 at 3:19 pm
    Permalink

    penakut! pondan! kalah punya parti korup tanding dimana2 pasti bungkus punya! ada hati mimpi nk pulih bye bye jer ya parti rasuah! rosak rompak samun curi khianat rakus sombong bodoh! simpan je angan2 ni tanding pasti pasti rudum hancur! korup kurap jijik jelik najis!!!

    Reply
  • September 25, 2018 at 3:23 pm
    Permalink

    parti rosak kurap korap tu layak namanya..! khianat curi samun penyangak tk layak dikasihani sumbat masuk penjara selama2nya ..korup kurap ada hati pulih simpan je mimpi kosong rakyat meluat menyampah benci rasuah khianat..byebye jer ya..kesian nya korup korup korup..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.