Azeez Rahim Ditahan SPRM

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal hari ini. 

Menurut sumber SPRM, Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji ditahan bersama seorang abangnya. 

Bagaimanapun sumber itu tidak mendedahkan kenapa tangkapan itu dibuat.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan tangkapan itu dalam masa terdekat.

Untuk rekod, SPRM pada 23 Mei lalu melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Azeez.

Dilaporkan, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara. Difahamkan serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji. -SuaraTv 

One thought on “Azeez Rahim Ditahan SPRM

  • September 25, 2018 at 3:36 pm
    Permalink

    balaci parti korup.
    sama mcm kepala dia dulu..songkok tinggi korup lagi kuat… lakon lebih ..korup kurap najis siasat ada bukti dakwa hukum jer puak2 korup ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.