Anwar Luah Rasa Gembira UMNO Tidak Tanding Di PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan keputusan Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, bulan depan.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih perlu berdepan saingan daripada calon bebas.

“Saya sambut baik siapa yang bertanding, tetapi saya lebih gembira jika benar Umno tidak bertanding,” katanya selepas Syarahan Negarawan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu memboikot PRK Port Dickson yang diadakan hanya untuk memenuhi cita-cita politik pemimpin tertentu.

Jumaat lalu, Parti Rakyat Malaysia mengumumkan akan bertanding di Port Dickson dan parti itu sudah menyenarai pendek 3 calon berpotensi.

Personaliti Twitter, Stevie Chan Keng Leong turut menyuarakan hasrat bertanding di Port Dickson bagi menentang tindakan PKR mengadakan PRK secara paksaan yang bercanggah dengan proses demokrasi, demi kepentingan seorang individu. – FMT

One thought on “Anwar Luah Rasa Gembira UMNO Tidak Tanding Di PRK Port Dickson

  • September 25, 2018 at 6:19 pm
    Permalink

    tanding bungkus punya!!! parti korup sapa mau? rosak musnah hancur!!! tk usah mimpi nk pulih!!! makin hari rudum hancur!! semua acuan sama parti korup kurap najis… tunggu jer hukuman menuggu ketua parti korup tu!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.