Video: Jururawat Paksa Bayi `Menari’ Rap Dipecat

Jururawat di sebuah hospital di Florida telah mencetuskan kemarahan ramai selepas gambar yang menunjukkan mereka menjadikan bayi baru lahir umpama `boneka’ telah tersebar melalui media sosial.

Imej berkenaan turut memuatkan gambar seorang jururawat memegang bayi berkenaan sambil `menari’ dengan muzik rentak rap.

Gambar itu dimuatnaik oleh seorang jururawat dalam Snapchat dengan kapsyen.

“Bagaimana perasaan saya mengenai mini setan ini.

Gambar dalam Snapcat itu kemudiannya dikongsi dalam Facebook. Susulan itu netizen menyelar perbuatan jururawat terbabit sebagai menjijikkan dan jahat serta tidak boleh dimaafkan. Netizen juga menggesa ibu bapa bayi itu menyaman hospital dan jururawat yang terlibat.

Berikutan itu, hospital berkenaan telah memecat petugas perubatan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.