Suami Isteri Makan 30 Manusia Dengan Kepala Mereka Dihidang Atas Pinggan

Seram…sepasang suami isteri dilaporkan telah membunuh dan makan 30 orang dalam masa 18 tahun. Polis menemui bahagian badan termasuk daging dan kulit di seluruh rumah mereka di selatan Rusia.

Pasangan itu dikenali sebagai Dmitry Bakshaev, 35, dan isterinya, Natalia, 42.
Dmitry dikatakan mula makan daging manusia pada 1999.

Gambar-gambar yang dirakamkan oleh polis menunjukkan kepala mangsa yang diletakkan di atas pinggan dan dikelilingi dengan oren. Manakala gambar lain pula menunjukkan sebahagian tangan manusia di mulut mereka.

Selain itu, gambar sebahagian badan manusia dalam bekas mengandungi cecair turut ditunjukkan.

Dmitry dan isterinya menyimpan daging manusia dalam peti sejuk mereka. Sebanyak 19 `kulit manusia’ yang telah dilapah daripada mayat ditemui.

Dalam pada itu, ketua jawatankuasa siasatan, Natalia Smyatskaya, berkata, pihaknya telah mengenalpasti salah seorang mangsa, dipercayai seorang wanita berusia 35 tahun dan telah berpindah ke Krasnodar dari Omutinsk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.