Ratusan Orang ‘Berani Mati’ Berenang Tanpa Seurat Benang Demi Kutip Dana

MANUSIA ini suka melakukan perkara pelik apabila mereka mula bosan dengan rutin harian. Ratusan orang ‘berani mati’ berenang tanpa seurat benang di laut dekat pantai Northumberland, timur laut England.

Tanpa menghiraukan kesejukan pada waktu pagi, kesemua mereka terbabit dalam acara tahunan North East Skinny Dip.

Acara tersebut menyaksikan ratusan peserta berenang di Laut Utara, sempena Autumn Equinox dan mengumpul dana untuk kebajikan kesihatan mental, MIND.

Sejak dilaksanakan pada 2012, acara tersebut telah mengumpul lebih £25,000 (RM141,801).

Lebih 400 peserta berhimpun di pantai Druridge Bay, sebelum matahari terbit pada Ahad bagi menyertai acara tahunan itu.

Banyak lagi cara boleh digunakan untuk mengutip derma namun mereka memilih cara yang jijik atas nama kebajikan. Pelik sungguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.