Prasarana Percaya Bekas IGP Pertingkat Keselamatan Pengangkutan Awam

Bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara pada 5 September 2017 lalu mula masuk kerja sebagai pengerusi baru Prasarana Malaysia Berhad hari ini.

Berpakaian baru seragam putih Prasarana, Khalid Abu Bakar tampil dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara syarikat pengendali kereta api negara dan SMRT Corperation Ltd dari Singapura berkenaan projek kereta api baru Rapid Transit System Link (RTS).

Meskipun bekas ketua polis yang mahir dalam media sosial itu tidak berkata apa-apa kepada media, rakan sekerja beliau merangkap presiden Prasarana dan juga ketua pegawai eksekutif Datuk Azmi Abdul Aziz telah ‘memperkenalkan beliau secara rasmi’ dalam majlis tersebut.

Azmi berkata secara ringkas mengenai Khalid yang berpengalaman lebih 40 tahun dengan pasukan polis bahawa khidmat beliau diperlukan dalam bidang pengangkutan awam.

“Kita bersyukur untuk mendapat Tan Sri (Khalid) sebagai pengerusi kami, kerana dengan menjadi bekas ketua polis negara ini beliau membawa bersamanya kekayaan pengalaman dalam keselamatan dan ketenteraman awam serta keselamatan (dalam pengangkutan awam),” kata beliau dalam ucapan hari ini.

“Kami dalam perniagaan membawa dan mengangkut orang awam, apa lagi yang dapat dilihat dapat memberikan keyakinan orang ramai berhubung keselamatan mereka akan terjaga,” kata beliau.

Pelantikan Khalid ke dalam Prasarana dikritik banyak pihak kerana beliau kurang pengalaman dalam sektor pengangkutan awam.

 

Prasarana mengendalikan infrasrtuktur pengangkutan awam termasuklah Mass Rail Transit (MRT), Light Rail Transit (LRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di ibu negara, Pulau Pinang, Kuantan dan Kamunting.

Ia sepenuhnya dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, sebuah entiti yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.